Wednesday, April 16, 2008

Tahniah atas Penempatan Guru Anak kandung Suluh Budiman

Sebahagian besar graduan UPSI yang telah bergraduat pada konvokesyen Mac telah berjaya mendapat penempatan guru. Diharap semua graduan UPSI dapat menunjukkan potensi dan peribadi yang baik ketika menjalankan amanah yang diberikan. Ini ialah hasil usaha yang diperjuangkan oleh aspirasi UPSI bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang telah memperjuangkan kebajikan pelajar ini. Kita sedia maklum bahawa penempatan guru bagi ambilan Julai pada bulan Januari dan ambilan November pada bulan Jun, tetapi graduan ambilan November telah mendapatkan penempatan guru pada bulan April. Ini menunjukkan hasil usaha aspirasi UPSI bagi mempercepatkan proses penempatan guru....teruskan menyokong aspirasi UPSI bagi bersama-sama memperjuangkan kebajikan siswa-siswi ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN...

1 comment:

ponny said...

Tahniah barisan AspirasiUPSI dan kepimpinan MPPUPSI kerana mengotakan janji untuk menjaga kebajikan pelajar. Kami akan terus menyokong kepimpinan AspirasiUPSI. Tahniah!!!