Friday, April 18, 2008

Bila Fakulti Pendidikan Di Universiti Lain Akan Di mansuhkan?

Ini Isu yang diutarakan oleh pelajar yang merasakan dia adalah pengkritik....isu ini sebenarnya mmg menjadi perbahasan kerana dengan wujudnya banyak fakulti pendidikan maka peluang penempatan guru amat terhad...menurut sumber yang aspirasi perolehi fakulti pendidikan tidak adan diwujudkan hanya cukup kepada fakulti pendidikan yang sedia ada di IPTA....tambahan pula pihak KPT dan KPM telah membuat MOU bahawa semua pelajar pendidikan di IPTA akan di tempatkan di sekolah menengah dan pelajar IPG akan di tempatkan di sekolah rendah...setakat ini mengikut statistik tidak ada pelajar UPSI pun tidak dapat penempatan....cepat atau lambat saja bezanya...

"Aspirasi Prihatin Masalah Pelajar"

Pelajar Kita Kurang Mantap

Aspirasi menidakkan pandangan bahawa pelajar kita kurang mantap jika dibandingkan dengan IPG. UPSI mempunyai pensyarah yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melatih bakal guru. Kaedah pengajaran yang diajar adalah yang mudah dan terbaik bagi setiap peringkat sekolah. Cuma aspirasi mencadangkan agar mikro teaching di berikan penekanan yang lebih agar pelajar dapat merasakan suasana P & P. Selian itu juga pelajar sendiri perlu kreatif dalam P & P. Kita perlu berbangga dengan IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN.

"Aspirasi Bersama UPSI"

ISU : Pelajar Lembut

Isu yang diwarwarkan oleh pihak yang suka mengkritik...Aspirasi merasakan tiada beza golongan ini dengan yg lain. Cuma mungkin sifat semula jadi atau terpengaruh dengan rakan sebaya...kita tidak boleh mengutuk atau meminggirkan pelajar ini sebaliknya rapat dan sama-sama mengubah dari duk kutuk mengutuk. Sebenarnya tidak dinafikan ada pelajar ini yang mempunyai potensi yang tinggi dari segi akademik dan kepimpinan. Cuma sifat ini saja yang perlu digilap semula agar isu ini dapat diatasi. Cadangan untuk mengatasinya amat dialu-alukan....

"Aspirasi Bersama Semua Golongan"

KAJI SEMULA: LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP DAN KEUSAHAWAN

Aspirasi merasakan memang sepatutnya latihan industri di berikan kepada pelajar kemahiran hidup dan keusahawanan. Ini sekaligus dapat memberi ruang kepada pelajar mengetahui suasana industri dan apabila mengajar di sekolah nanti dapat bercakap kepada murid mengenai industri dan proses P & P lebih berkesan. Tidak rugi jika pelajar ke latihan industri bahkan ia akan lebih memberi keyakinan kepada pelajar UPSI. Dan apa yg menarik di sini aspirasi mendapat maklumat bahawa pelajar UPSI terbabait boleh membuat pilihan sama ada hendak menjadi guru atau ke industri. Pokok pangkalnya terpulang kepada pelajar.

"Aspirasi Sentiasa Membuka Fikiran"

BIDANG KUASA

Aspirasi ingin mengajak mahasiswa memahami bidang kuasa....kita tahu semua pembaharuan melalui pentadbiran universiti...sebenarnya banyak lagi yang dibawah universiti tetapi apa yang boleh di kongsi bersama adalah cadangan yang dibawa oleh pemimpin pelajar ke peringkat atasan bukan semua orang boleh mencadangan tapa ada sebarang fakta dan releven...oleh yang demikian sokongan daripada anda amat diharapkan dengan mengutarakan cadangan dan kita bersama-sama mencari langkah penyelesaian....pemimpin pelajar tidak dapat berbua apa-apa tanpa sokongan dan bantuan....

"Aspirasi Tetap Bersama"

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar...diharap dapat beroleh kejayaan yang cemerlang....aspirasi sentiasa mendoakan kejayaan bersama...

Wednesday, April 16, 2008

KAMPUS INDUK SEMAKIN HAMPIR.....

Pada 3 April 2008 seramai 5 orang MPP telah pergi ke KPT untuk pejumpaan dan ramah mesra bersama Menteri dan Timb. Menteri yang baru. Pelbagai masalah yang dibincangkan. Antaranya mengenai, isu sosial di kalangan pelajar serta mengenai isu UPSI dan AUKU. Tambahan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KPT yang baru adalah, mengenai isu kampus baru UPSI yang telah diluluskan oleh pihak kementerian dan ini merupakan isu pertama yang diselesaikan setelah memegang sebagai Menteri KPT yang baru.



"Aspirasi Kotakan Janji"

ISU BAS SELESAI.....

Mengenai isu bas....MPP telah mengadakan beberapa perbincangan bersama pihak JHEPA dan pengurusan bas….untuk pengetahuan bas yang ada sekarang adalah tender sementara dan tender baru telah dibuka dan insyaAllah akan beroperasi pada bulan 7 ini…perkhidmatan bas terdahulu telah diberhentikan serta merta kerana telah melanggar dan tidak mengikut beberapa ketetapan dan syarat yang telah ditetapkan. Oleh itu, tindakan telah diambil utk membuka perkhidmatan bas sementara...iaitu bas yang ada sekarang....ini adalah usaha pihak MPP yang sentiasa turun ke padang untuk melihat keadaan bas sebelum ini yang dilihat banyak masalah yang berlaku. Tambahan itu juga, Dato’ Naib Canselor telah bersama-sama melihat situasi ini iaitu mengenai permasalahan bas yang berlaku....mesyuarat yang terdekat pada utk kebajikan pelajar pada 17/04/2008 nie....insyaAllah...


"Aspirasi Prihatin Kebajikan Pelajar"

SUARA-SUARA PELAJAR UPSI (8 APRIL 2008)

Seruan ini disampaikan berikutan penyiaran filem “Fitna” yang ditayangkan oleh ahli politik radikal Belanda Geert Wilders di internet. “Kita tidak boleh menganggap enteng upaya menyalakan api terhadap al-Quran”, tegas Qaradhawi. Qaradhawi menegaskan bahawa dakwaan Wilders dalam “Fitna” yang menyebutkan bahawa Islam mengajarkan kebencian dan pembunuhan, sangat berlawanan dengan ajaran Islam yang menyeru kasih sayang dan hidup bersama secara damai dengan semua pihak. Qaradhawi dalam kesempatan yang sama juga menyelar sikap sebahagian umat Islam yang turut mencemarkan nama Islam dan secara automatik membuka peluang bagi musuh-musuh Islam untuk memperburuk agama Islam yang hanif.

Memboikot barangan Belanda adalah jalan terakhir bagi isu ini, kerana isu ini bukan berkaitan dengan masyarakat Belanda tetapi kepada seorang figur sahaj. Oleh itu, pelaksanaan boikot harus berada di tangga terakhir dan menjadi alternatif yang bukan menjadi keutamaan. Alhamdulillah, Ulama tersohor dan terpercaya dalam kalangan ulama-ulama mu’tabar iaitu al-Imam Yusuf al-Qaradhawi yang juga ketua Ulama Islam antarabangsa, juga meletakkan usaha memboikot di tangga ke lima semasa menyatakan lima spektrum yang berisi seruan kepada kaum Muslimin untuk melawan serangan yang memburukkan Islam dan al-Quran.

Dalam keterangannya kepada Islamonline, Qaradhawi menegaskan, “Apa yang dilakukan oleh ahli politik radikal Belanda itu, sama dengan menyalakan api terhadap al-Quran”. Ia menambahkan, “Filem yang menuding al-Quran sebagai kitab suci fasis adalah pembohongan dan merupakan perkataan yang tidak dikeluarkan kecuali oleh orang yang bodoh, sombong dan keras kepala. Ini rangkaian baru dari rangkaian permusuhan yang telah dibangun oleh arus di Barat, yang mengambil keuntungan disebaliknya”. Lima hal yang digariskan Qaradhawi dan harus dilakukan umat Islam adalah:

· Menolak pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w yang menyebutkan baginda seorang yang haus darah dan seorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harus dilakukan secara secara menyeluruh, hingga sampai kepada orang-orang yang selama ini memiliki imej buruk terhadap Rasulullah dan orang tidak tahu akan kemuliaan Rasulullah s.a.w.

· Melalui kaedah politik, sikap negara-negara Islam besar harus berdiri secara jantan untuk membela Islam dan Rasulnya.

· Penolakan massa dengan menekan pemerintahan kaum Muslimin untuk memiliki sikap tegas berdasarkan keimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.

· Qaradhawi menyerukan agar ada penolakan di lapangan seni dan budaya. Beliau menerangkan upaya itu misalnya, drama, filem atau drama bersiri untuk melurukan imej yang selama ini tertutup dari Islam.

· Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negara yang mengizinkan penduduknya mencederai kesucian Islam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampu menyakitkan suatu negara.

Akhir kata, Belanda dan Israel adalah dua isu berbeza dan kami bersama dalam mengatakan bahwa memboikot barangan Israel adalah wajib, sepertimana Fatwa yang dikeluarakan oleh Al-Imam Yusuf al-Qaradhawi sebelum ini. Namun untuk memboikot barangan Belanda disebabkan isu “Fitna” tanpa melihat dalam konteks yang lebih luas terutama peluang dakwah, maka itu adalah satu kesilapan. Mungkin ada yang bakal menempelak tulisan ini, tapi fikirkanlah hal ini dengan fikiran yang rasional tanpa melibatkan emosi. Benar kita menyayangi Islam dan memarahi perbuatan yang memperlekehkan al-Quran, tetapi Islam juga mengajar kita bersikap rasional dan luas.

Lihat sahaja sejarah Islam di mana para sahabat terkejut ketika Nabi Muhammad s.a.w menerima Perjanjian Hudaibiyah. Sehinggakan Saidina Umar menyoal tindakan Nabi Muhammad s.a.w, namun baginda melihat perjanjian ini bukan setakat perjanjian tetapi baginda melihatnya dengan skop yang luas. Oleh sebab itu, kita juga perlu meniru sikap dan ibrah yang disampaikan kepada kita melalui tokoh yang bernama Muhammad s.a.w.

Peristiwa ini telah direkodkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, bahawa Saidina Umar al-Khatab berkata, “ Kemudian aku datang kepada Nabi Muhammad s.a.w, lalu aku bertanya kepada baginda. Bukankah engkau Nabi Allah? Baginda menjawab , “Benar”. Kemudian aku bertanya lagi, “bukankah orang-orang kita yang terbunuh akan masuk syurga dan orang-orang mereka akan masuk neraka?”. Baginda menjawab, “ Ya benar!” Aku bertanya lagi, “lalu mengapa kita menyetujui agama kita direndahkan?” Baginda menjawab, “ sesungguhnya aku ada Rasul Allah, aku tidak akan menyalahi Allah dan Dia pasti akan membela ku”. (Hadith Sahih)

Siswa UPSI bantah Fitna

Metro Isnin 14 April 2008 :MAJLIS Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (MPPUPSI), Tanjung Malim, Perak bersama mahasiswa universiti itu mengadakan bantahan secara aman terhadap penyiaran filem “Fitna” yang ditayangkan ahli politik radikal Belanda, Geert Wilders di internet.

Yang Dipertuanya, Mohd Raimi Rahim, berkata bantahan itu sebagai tanda protes selain mengajak mahasiswa supaya peka dan sedar tanggungjawab membela keharmonian masyarakat sejagat dan keamanan negara.

Menurutnya, ia juga platform menyemai dan membina imej serta jati diri kental di kalangan generasi muda untuk menjadi pemimpin pada masa depan.

“Perhimpunan ini menggambarkan rasa peka dan tanggungjawab mengenai isu sensitif yang boleh menggugat keamanan sejagat selain mendedahkan generasi muda terhadap konsep kepimpinan.

“Tanggungjawab mahasiswa bukan pada akademik semata-mata tetapi aspek lain. Bantahan ini menegaskan kami tidak setuju dengan tindakan menyiarkan filem itu.

“Pada masa sama, ia menyedarkan mahasiswa mengenai kepentingan mesej bersatu padu. MPPUPSI bukan hanya bertindak menjaga kebajikan warga kampus, tetapi memperjuangkan aspek kesedaran yang boleh memberi nilai tambah atau manfaat kepada semua,” katanya.

MPPUPSI juga berterima kasih atas sokongan sekali gus memudahkan urusan penyelesaian masalah.

“Sehingga kini, MPPUPSI berpuas hati sudah berjaya menyelesaikan masalah seperti kediaman, pengangkutan dan pinjaman pengajian.

“Terbaru MPPUPSI berusaha menyelesaikan masalah mengenai kenaikan harga makanan hingga menyusahkan mahasiswa. Rundingan sedang dilakukan dan jika pengusaha masih ingkar, mungkin tindakan tegas akan diambil.

“Kami sentiasa bekerja keras untuk menjaga kebajikan mahasiswa, justeru sesiapa mempunyai masalah atau aduan, dialu-alukan untuk bertemu ahli exco MPPUPSI,” katanya.


Tahniah atas Penempatan Guru Anak kandung Suluh Budiman

Sebahagian besar graduan UPSI yang telah bergraduat pada konvokesyen Mac telah berjaya mendapat penempatan guru. Diharap semua graduan UPSI dapat menunjukkan potensi dan peribadi yang baik ketika menjalankan amanah yang diberikan. Ini ialah hasil usaha yang diperjuangkan oleh aspirasi UPSI bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang telah memperjuangkan kebajikan pelajar ini. Kita sedia maklum bahawa penempatan guru bagi ambilan Julai pada bulan Januari dan ambilan November pada bulan Jun, tetapi graduan ambilan November telah mendapatkan penempatan guru pada bulan April. Ini menunjukkan hasil usaha aspirasi UPSI bagi mempercepatkan proses penempatan guru....teruskan menyokong aspirasi UPSI bagi bersama-sama memperjuangkan kebajikan siswa-siswi ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN...